Wednesday, February 4, 2009

TIP PILIHAN: 2 positif lawan 1 negatif... siapa menang?

Katakan dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif. Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(Ini kerana, sesuatu yang "negatif" lebih senang di sebarkan.Perkara negatif juga lagi senang untuk "berjangkit". Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif... dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat,positif & mempunyai keyakinan tinggi.

Mempunyai 1 orang berfikiran negatif dalam group/kumpulan/kenalan anda adalah agak berisiko, kerana bila-bila masa sahaja ia dapat berjangkit dengan ahli-ahli lain :)So, berhati-hati with negative people around you. Ianya berjangkit dengan orang lain... takut2 terjangkit kepada anda :)

Sumber http://www.rahsiainternet.com/